? ??????????????Matrix? ????? ?? ???Rating: 4.5 (15 Ratings)??30 Grabs Today. 6452 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Weed? ????? ?? ???Rating: 4.2 (663 Ratings)??30 Grabs Today. 49939 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital Distor BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 1 Oktober 2009

bwk syud blek kampung

hari nie eton kat kdai..
tlg mak...sambil2 2 leh update blog nie....
syud ikut skali..katenye nak mrase hidup kt kampung
pas2 nak mrase makanan kt kdai mak..
ktowrg blek ari khamis kul 3 lebih..tumpang kete K dak DUP..mber baru la katakn..
sampai dalam kul 7 cam2 tp bwk syud g jalan2 kt taiping..
first g taiping sentral..kt c2 sempat gak la syud shopping..
pas2 g jln2 kt taman tasik...
then g pusing2 taiping pas2 g makan char koew tiaw...
bleh tahan la...syud x makan udang...so die suap kn udang 2 kt eton...K tgk jeles jew..hehehe...

pas2 blek kt kdai...time 2 lepak jap kt surau..pnt bjalan...
lek umah dalam kul 12 lebih...
blek 2kar baju jew...pas2 landing tgk cite Jangan Pandang Belakang Congkak...puas gak ktrg gelak sampai pecah perut niew...
sedar x sedar cite x abis g syud da tlena...penat sgt la 2...

Selasa, 29 September 2009

Suku Kaum Bugis

Suku Kaum Bugis


Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.


Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.




Pakaian Perkahwinan Adat Bugis



Tradisi Bugis dalam Perkahwinan

Suku kaum Bugis di Sandakan, Sabah masih mengekalkan adat dan tradisi walaupun telah lama bermastautin di Sabah. Keunikan budaya suku kaum Bugis jelas dipaparkan dalam majlis perkahwinan. Sebelum majlis perkahwinan, masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Walau bagaimanapun, bagi kaum Bugis, tiada pula adat pertunangan. Bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak.

Walaupun begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Majlis ini digelar ?men?drek doik? yang membawa maksud ?naik duit?. Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja, kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan. Majlis ?naik duit? tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini.

Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis ?naik duit?. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi. Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan suku kaum Bugis di Sabah memaparkan betapa kuatnya pegangan adat tradisi mereka. Seminggu sebelum majlis persandingan, dua orang wanita dipertanggungjawabkan oleh pihak pengantin perempuan untuk menjemput tetamu. Kedua-dua wanita ini terdiri daripada mereka yang telah berumah tangga. Wanita yang belum berumah tangga tidak manis berkunjung dari rumah ke rumah untuk menjemput tetamu. Bagi kaum Bugis, wanita yang belum berkahwin tidak digalakkan menjemput tetamu kerana dikhuatiri lambat menerima jodoh.


Baju Bodo yang digunakan semasa majlis perkahwinan



Kedua-dua wanita ini digelar pattampa yang bermaksud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa, iaitu berkunjung dari rumah ke rumah. Pattampa tidak datang dengan tangan kosong, tetapi akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna dan bermanik. Dulang ini diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama berserta mancisnya sekali. Rokok, suatu ketika dahulu ialah lambang prestij sesebuah keluarga. Hanya golongan yang berkemampuan yang mampu memilikinya dan adat ini masih dikekalkan walaupun kini masyarakat sudah mampu membeli rokok dengan harga yang murah. Tetamu yang dijemput perlu membuka dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting terutama bagi tetamu yang mempunyai anak dara, kerana dengan cara ini diharapkan anak mereka pula yang akan menemui jodoh. Walau bagaimanapun, adat mattampa hanya terkenal di kalangan kaum Bugis, kaum lain dijemput dengan menggunakan kad undangan. Kad undangan ini tidak banyak bezanya daripada kad undangan majlis anjuran kaum lain di Sabah. Malam berinai atau mappacci cukup meriah, kerana pada malam ini pelbagai acara yang menarik akan berlangsung. Malam berinai akan dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji.

Inai disediakan oleh wanita muda yang belum berkahwin. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda pula akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya adalah untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada mempelai lelaki. Adat ini dipercayai sebagai satu usaha agar kedua-dua pihak dapat hidup lebih harmoni. Terdapat satu lagi majlis yang cukup menarik sebelum pengantin perempuan memakai inai, iaitu adat memakai bedak. Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan lagi seri wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak ke?cek yang bermaksud sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan pelbagai bahan termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Terdapat juga pengantin perempuan yang memakai bedak ini seminggu sebelum bersanding untuk melicinkan kulit. Semasa upacara memakai bedak, pengantin perempuan hanya berkemban dan berbaring manakala bedak akan disapu ke seluruh tubuh dan dibiarkan hingga kering. Kemudian barulah pengantin itu diinai. Lebihan bedak pengantin akan disapukan pula pada wanita yang belum berkahwin. Suasana ini riuh rendah kerana ada yang dikejar kerana enggan disapukan bedak lebihan pengantin. Kemeriahan malam berinai tidak hanya disulami dengan acara memakai bedak.

Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai 'Bahasa Ugi' dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil ‘aksara’ Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.


Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.


Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.


Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :

- "...aja mumae’lo nabe’tta taue’ makkalla ‘ ricappa’na lete’ngnge…”.

Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).

- "...naia riasengage’ to warrani maperengnge’ nare’kko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe’ko paimeng sappa laleng molai…”.

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

Isnin, 28 September 2009

raye

eton:wawawa....cuti da abis..kene blek poly................
k'sue:boring yer blik poly.. hahahaha... bla la kta nak abis ni???? kakakaka
eton: ujung taun k....kak sue nape x dtg open house umah wk sanip??????
k.sue: wak sanip tu ayah abg lan ek??? owh.. br taw. ntah la mcm mls hahaha
eton: mcm2 ade....wak msk sendiri tau...dwet raye jew die x kasi...bajet lari kowt.....
k.sue: laaa... da bsar2 pun nak duit rye jgk ke??? dah dpt mkn pn ok la...
k.sue: ry ni tak g mne2 ker?
eton: x le...keje la....huhu...pnat wo....
k.sue: haaa.. kje?? ke tlg mak ko kat gerai?
eton: keje mrangkap tlg skali...kak sue xnk kasi dwet raye kew??????Pose pnh niew....
k.sue: dwet raye tak dpt bg la skg.. aku pn takdo dwet lagi maklum la ptptn pun takde da.....
k.sue: k la, da hal ni nak sign out
eton: owk...c u .....